1. Pastikan ASBF anda Islamik.
2. Mohon ASBF tanpa Takaful @ Takaful seminima mungkin. Pastikan anda faham fungsi takaful dengan Gameplan Pelaburan ASBF anda.
3. Mohon ASBF dengan tempoh pembiayaan yang paling panjang.Tujuan nak dapatkan bayaran bulanan paling murah.
4. Mohon ASB Financing semasa promo rate.
5. Mohon pembiayaan " Teknik Proxy " buat individu berumur 40 tahun ke atas.
6. Buat " Penstrukturan Semula " ASB Financing anda.
7. Follow Teknik Bijak Kewangan yang saya guide.
Sah mengikut undang-undang negara
Menjadi saranan oleh pakar-pakar kewangan
Pelaburan jangka masa mengikut masa yang anda inginkan
Pilihan yang lebih menjimatkan untuk pelaburan
Keuntungan bebas cukai, membolehkan anda menikmati keuntungan penuh tanpa potongan cukai tambahan.
Mampu dimiliki kerana tidak memerlukan modal yang besar
Hubungi Azwan Zainol untuk briefing ringkas mengenai detail & tips ASBF.
Setelah jelas dengan briefing ASBF, boleh buat semakan kelayakan untuk permohonan ASBF.
Permohonan ASBF akan disubmit dengan kadar segera selepas semakan kelayakan dibuat.
Alhamdulillah. Antara feedback- feedback positif yang telah diberikan.
017-7845007
Nasihat saya, sebelum melabur dalam ASBF, kita wajib faham selok belok pelaburan terlebih dahulu supaya tidak tersilap langkah. Kena tahu pantang larang dalam ASBF supaya keuntungan maksimum diperoleh.
ASB biasa adalah simpanan dalam bentuk tunai di dalam akaun ASB. Dividen akan dikira berdasarkan nilai simpanan tunai secara prorate.
ASB Financing adalah simpanan dalam bentuk sijil hasil pembiayaan bank. Dividen dikira mengikut nilai sijil ASB dan simpanan tunai di dalam akaun ASB.
Tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 40 tahun. Tetapi itu hanya tempoh yang ditetapkan untuk menentukan kadar bayaran bulanan dan kadar keuntungan bank. ASBF boleh terminate/dijual semula pada bila-bila masa. Lepas setahun pun boleh.
Ramai yang target nak simpan untuk tempoh 3-5 tahun sahaja untuk capai matlamat jangka masa pendek dan sederhana. Jadi untuk dapatkan keuntungan maksimum, boleh ikat tempoh paling panjang 40 tahun, tetapi terminate awal selepas berjaya kumpul duit selepas 3-5 tahun.
Ikut konsep the power of volume, tempoh paling panjang adalah paling menguntungkan. Ini kerana kita boleh dapat sijil ASB yang besar dengan modal yang kecil. Jadi semakin tinggi dividen yang diperoleh berbanding bayaran bulanan yang rendah.
Ya betul, bank untung banyak. Tapi bagi saya kita abaikan sebab kita pun untung. Yang penting sebagai pelabur, kita kena tengok keuntungan kita sendiri. Jika ada 2 pilihan, yang mana kita akan pilih?
Takaful untuk ASBF tak wajib ambil (mungkin sesetengah bank wajibkan). Memang tak digalakkan ambil takaful terutamanya takaful long term. Bayaran takaful akan dimasukkan ke dalam loan dan menjadikan jumlah loan lebih tinggi. Contohnya ASBF 100K, termasuk takaful total loan menjadi lebih kurang RM103K (lagi berumur, lagi mahal). Jadi hutang setiap bulan akan menyusut bermula daripada 103K. Untuk hutang susut sehingga kurang daripada 100K mengambil masa anggaran lebih kurang 2 tahun.
Kalau islamic financing, sebenarnya tiada denda kalau terminate awal. Ramai yang salah faham antara denda dan shortfall (kekurangan). Jika terminate sebelum hutang susut, pelabur perlu membayar shortfall tersebut kepada bank. Contohnya ketika terminate baki hutang tinggal RM101K. Sijil ASB yang diserahkan semula kepada bank hanya bernilai 100K. Jadi shortfall RM1K tersebut perlu dibayar kepada bank sebab pelabur masih berhutang kepada bank akibat mengambil takaful yang panjang.
Ada bank menawarkan interest rate yang lebih rendah jika kita ambil takaful. Contohnya tanpa takaful rate 4.50% tetapi dengan takaful bank bagi rate 4.30%.
Ini penting. Kalau berlaku kes macam ini, kita digalakkan ambil takaful minimum sahaja. Walaupun terdapat sedikit penambahan dalam jumlah loan, tetapi bayaran bulanan kita akan jadi lebih rendah berbanding tanpa takaful disebabkan perbezaan interest rate. So ada 3 kelebihan jika ambil takaful minimum;
- Bayaran bulanan yang lebih rendah.
- Dapat perlindungan takaful jika berlaku kematian atau cacat kekal.
- Takda masalah kalau nak terminate awal sebab hutang susut dengan lebih cepat berbanding jika ambil takaful tempoh panjang.
Jadi sebenarnya kita boleh pilih tempoh loan maksimum 40 tahun, tetapi takaful cover cuma minimum 5 tahun sahaja. Pilihlah dengan bijaksana ikut matlamat simpanan.
Lock in period ini adalah kontrak antara peminjam dengan bank yang menghalang peminjam terminate/jual semula ASBF dalam tempoh tertentu, contohnya 3 tahun. Jika peminjam terminate sebelum cukup tempoh 3 tahun, akan dikenakan penalti.
Lock in period ini biasanya ada pada ASB Loan konvensional. ASB Loan konvensional hukumnya haram sebab ada riba. Untuk ASBF Islamic, tiada lock in period. Boleh terminate anytime. Jadi pilihlah ASBF Islamic yang halalan toyyiban.
Bila-bila pun sesuai kalau kita nak berhenti menyimpan. Cuma kita kena ingat dividen ASBF akan dapat pada bulan 1 setiap tahun. So katakan kita terminate pada bulan 6, dividen untuk simpanan dari awal tahun sampai bulan 6 akan dapat pada bulan 1 tahun hadapan. Prinsipal akan dapat lebih awal setelah proses terminate selesai.
Untuk akaun ASB biasa, anak bawah umur pun boleh buka. Tapi umur minimum untuk apply ASBF adalah 18 tahun. Ramai ibu bapa yang nak buat simpanan untuk anak-anak contohnya untuk dana pendidikan. Takda masalah pun sebenarnya jika anak bawah umur. Boleh buat ASBF atas nama ibu bapa.
Apabila dapat dividen setiap tahun, keluarkan dividen tu dan transfer ke dalam akaun ASB biasa anak-anak. Mudah kan? Ulang langkah ini sampai anak umur 18 tahun. Masa ni dah boleh guna nama mereka untuk buat ASBF. Dividen bagi kat anak-anak, prinsipal ibu bapa boleh jadikan dana persaraan.
Setiap orang boleh buat maksimum 200K sijil ASBF. Selagi belum cukup 200K, boleh tambah sijil.
Boleh. Bagi sesiapa yang komitmen hutang bank dah tinggi, kebiasaannya bank akan reject permohonan. Tetapi jika kita ada cash untuk buat bayaran setahun terus (12 bulan) bank akan bagi special approval. Tapi tak semua bank boleh buat cara ini. Insyaallah saya boleh bantu.
Kes ini juga memerlukan special approval. Boleh lulus tapi tak semua bank yang akan luluskan. Bab PTPTN, insyaallah saya boleh bantu untuk luluskan.
Owning a home is a keystone of wealth… both financial affluence and emotional security.
Suze Orman